LATAR BELAKANG
Menulis persamaan kimia merupakan satu masalah yang
dihadapi oleh kebanyakkan pelajar.
Masalah ini telah menimbulkan perasaan di kalangan pelajar yang
menganggapkan bahawa KIMIA ini sebagai satu
mata pelajaran yang susah.
OBJEKTIF
Latihan ini disediakan bertujuan untuk membantu para pelajar,
menguasai kemahiran menulis formula sebatian-sebatian kimia,
menguasai kemahiran menulis persamaan kimia yang seimbang.
PENDAHULUAN
Apabila disuruh menulis persamaan kimia bagi suatu tindak balas,
pelajar-pelajar biasanya akan cuba menceraikan huruf-huruf dalam formula yang diberikan
dan cuba menyusun atau mengabungkan semula huruf-huruf tersebut untuk menghasilkan sesuatu
"formula" yang mereka sendiri pun tidak faham.
Misalnya apabila diminta menulis persamaan bagi tindaka balas antara asid sulfurik cair dengan natrium hidroksida, pelajar-pelajar mungkin memberikan jawapan seperti berikut.
HSO4 + NaOH -------> NaSO4 + H2O û
H2SO4 + NaOH ---------> NaO4 + H2SOH û
Pelajar-pelajar yang membuat demikian disebabkan mereka tidak faham atau tidak tahu langsung tentang peraturan untuk menulis persamaan kimia.
Seperti pemainan bola sepak, badminton, hoki, dan sebagainya, setiap pemainan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Begitu juga untuk menulis persamaan kimia, anda mesti tahu peraturannya dahulu ! Jika tidak, anda tidaklah layak untuk mengambil bahagian dalam "pemainan" yang menarik ini.
PERATURAN UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA
Berikut ialah langkah-langkah yang patut diikuti semasa menulis sesuatu
persamaan kimia.
1. Meramalkan hasil tindak balas dengan tepat. 2. Menulis formula yang betul bagi bahan tindak balas dan hasil tindak balas. 3. Seimbangkan persamaan kimia itu. |
Setiap langkah tersebut akan dibincang dengan teliti dalam bahagian-bahagian yang berikut.
1.
Meramalkan hasil tindak balas.
Untuk meramalkan hasil bagi sesuatu tindak balas anda perlu
menggunakan pengetahuan yang sudah dipelajari.
Misalnya, Asid + Alkali ----------> Garam + air
maka, asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) --->
natrium sulfat (garam) + air
Sekiranya anda tidak ada pengetahuan langsung tentang sesuatu tindak balas, maka adalah tidak mungkin untuk meramalkan apakah hasil tindak balas itu. Seterusnya anda tidak dapat menulis persamaan kimia tindak balas tersebut.
2.
Menulis formula yang betul
(a) Setiap unsur, molekul, sebatian atau ion mempunyai formula yang
tersendiri. Formula tersebut adalah tetap dan tidak boleh diubah. Misalnya formula bagi
natrium hidroksida ialah NaOH, maka anda tidak boleh
menulis formulanya sebagai NaH, NaOOH, Na(OH)2 dan sebagainya. Anda perlu menghafalkan
formula bagi beberapa unsur, molekul dan ion yang umum.
(b) Formula bagi sebatian ionik
Jumlah cas dalam formula bagi sesuatu sebatian ionik adalah neutral. Jadi
kita boleh menentukan formula bagi sesuatu sebatian ionik, misalnya magnesium klorida,
seperti berikut.
Magnesium klorida
Mg2+ Cl- <----------- Tuliskan formula bagi setiap ion.
X
1 (Cas ion
klorida) 2 (cas ion Mg)
<----------- Tuliskan bilangan cas secara bersilang
MgCl2<-----------
Jadi formula tersebut terdiri daripada 1 ion Mg2+ dan 2 ion Cl- .
Perhatian :
Nombor yang mewakili bilangan ion ditulis
pada sebelah kanan, di bahagian bawah ion tersebut.
Nombor 1 tidak perlu dituliskan.
Misalnya,
Na2 SO4 (2 ion natrium dan 1 ion sulfat)
Al2O3 (2 ion Aluminium dan 3 ion oksigen)
Ba(OH)2 (1 ion barium dan 2 ion hidroksida)
Cuba ini !
Tuliskan formula bagi setiap sebatian yang berikut.
1.Kuprum(II)
oksida |
11. Ferum(III) klorida 12. Kalium sulfat 13. Nikel(II) sulfat 14. Ferum(III) sulfat 15. Kuprum(I) nitrat 16. Kuprum(II) nitrat 17. Aluminium nitrat 18. Natrium karbonat 19. Kalsium karbonat 20. Aluminium karbonat |
3. Menulis persamaan kimia yang seimbang.
Dalam bahagian 2, anda sudah mempelajari menulis formula kimia
dengan betul. Jadi, anda boleh menulis formula bagi setiap sebatian dalam persamaan yang
mewakili tindak balas antara asid sulfurik dengan natrium hidroksida dalam bahagian 1
seperti berikut.,
H2SO4 + NaOH -------> Na2SO4 + H2O
Persamaan di atas belum lengkap. Suatu persamaan mesti seimbang, iaitu jumlah atom setiap unsur di sebelah kiri mesti sama dengan yang di sebelah kanan.
Untuk mengimbangkan sesuatu persamaan, ikutlah langkah-langkah berikut
Misalnya,
H2SO4 + NaOH
-------> Na2SO4 + H2O
(kiri =1 Na) (kanan = 2 Na) Tidak seimbang
Jadi, tambahkan 2 di depan NaOH supaya bilangan Na sama dengan bilangan Na di sebelah kanan dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula.
H2SO4 + 2
NaOH -------> Na2SO4 +
H2O
(kiri = 2 H + 2 H = 4 H) (kanan = 2H) Tidak seimbang
Tambahkan 2 di depan H2O dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula. Anda akan mendapati persamaan sudah seimbang.
H2SO4 + 2 NaOH -------> Na2SO4 + 2H2O
Semak :
Unsur | Kiri | Kanan |
H | 4 | 4 |
S | 1 | 1 |
Na | 2 | 2 |
O | 6 | 6 |
Sesuatu persamaan kimia yang seimbang perlu juga dilabelkan keadaan fiziknya . Berikut ialah beberapa simbol yang digunakan.
Pepejal ---- p | Cecair --------- ce |
Gas ------ g | Larutan akueus(larutan berair) --- ak |
Maka, persamaan kimia yang lengkap bagi tindak balas di antara asid sulfurik dan natrium hidroksida ialah :
H2SO4(ak) + 2 NaOH(ak) -------> Na2SO4(ak) + 2H2O(ce)
Cuba ini !
Seimbangkan persamaan kimia yang berikut.
1. Mg + O2 --------> MgO
2. N2 + H2 ----------> NH3
3. CuO + NH3 ---------> Cu + N2 + H2O
4. CaCO3 + HCl ----------> CaCl2 + CO2 + H2O
Nyatakan juga keadaan fizik bagi setiap bahan dalam persamaan itu.
This page hosted by Get your own Free Home Page